Tentang Dikir Barat....
Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara.Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan.Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut
Tentang Wayang Kulit...
Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang kulit lembu/kerbau/kambing. Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka.Ia merupakan seni tradisional Asia Tenggara merangkumi Thailand,Malaysia dan Indonesia, yang terutama berkembang di Phattalung wilayah selatan Thailand,Jawa dan disebelah timur semenanjungMalaysia seperti di Kelantan dan Terengganu.Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden.Wayang kulit lebih popular di Jawa bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih sering dimainkan di Jawa Barat.
PERMULAAN...Sebelum ini saya tidak tahu banyak tentang budaya melayu.Tetapi selepas banyak penyelidikan saya sudah tahu banyak tentang Budaya Melayu.Dalam pertandingan saya cakap tentang seni persembahan.saya akan cakap tentang banyak seni persenbahan tetapi akan lebih berfokus kepada wayang kulit dan dikir barat.Pada pandangan saya wayang kulit ialah hanya boneka tetapi ia perlu banyak kemahiran.saya akan bercakap lebih banyak tentang hal ini di blog lain.Dikir barat pula adalah sekelompok orang yang main muzik yang sedap.Saya akan cakap lebih lanjut di blog lain juga.